Saturday, November 28, 2015

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik

Uhuks! Uhuks! 

Hidung pulak dok bersin takmau stop dek berdebu dan berhapaknya blog sangkut yang beberapa purnama aku tinggalkan sepi tanpa lagu. Kebetulan ada membe ZyraRoxx (eh membe ke?) dok promot contest yang didirikan sama beliau laksana gameshow Istana Takeshi dan pemenang contest tersebut berjaya merangkul kombo komik Buasir Otak beb! Dah gaya menang Piala Thomas gitu.

Secara jujur dan sememangnya sebagai lelaki suci, aku cukup teruja dengan contest sis ni buat, sebab berjaya menyemarakkan semangat kompetitif sampai aku sanggup mencemar duli (ewah) untuk kembali merapu di persada blogsphere, well, tujuan aku buat blog dulu pon sebab bosan tahap dewa masa lepas matrik tunggu masuk degree pon walaupun aku mula berjinak dengan dunia blog masa form 4 dahulu kala(?)

To guys yang tersinggah ke blog aku yang tak seberapa ni, boleh follow sis ni jugak di SINI sesungguhnya content dalam blog beliau memang sempoi bak ang dan kalau korang blogger dan mampu mengalahkan aku pada tahap Dewata Raya, meh ler join contest ni. Angkuh betul aku!





 
Kebetulan aku tengah menderita sakit buasir (ok tu tipu), jadi dengan secara tidak langsung aku dapat merasakan aku ada jodoh dengan contest prize komik Buasir Otak tu. Macam mana aku tau kau tanya? Naluri cheapskate kot *renung sinis*

Tuesday, December 9, 2014

kemelut masa

Mula menginjak terintai dalam lingkungan kelompok warga dewasa, sedikit sebanyak mengajar akan erti yang mungkin terpahat dalam kamus Dewan Bahasa "Tanggungjawab", mungkin perkataan sebegitu rupa tidak akan terlihat di mana-mana book sale seperti BigBadWolf disebabkan di sana hanya melelong buku luar yang tak seberapa laku barangkali dan jika dibeli hanya turut membaca selepas tu anguk dan geleng sebab tak paham bahasa tahap tinggi kadang kala hingga mencecah lapisan atmosfera. 

"Tanggungjawab", bak kata pakcik Ben kepada Peter Parker dikala sebelum menghembuskan nafas terakhir,

"Great power comes with great responsibilites"

Terkesima seketika dengan maksud yang cuba disampaikan oleh pakcik Ben dikala aku di bangku sekolah, zaman tiada BlueRay rip dengan sari kata Subscene yang menjadi pemudah cara dalam tayangan video di laptop arjuna beta ini. 

"Yang berlaku takkan berulang semula, hidup harus diteruskan"

Maaf, ayat yang tu aku tak berani nak citation, sebab hasil ni bukan aku serahkan pada SV untuk semak sebagai tesis. Okeh hambar. Saban hari, bilangan jambang makin menebal, lemak di perut makin bercambah, tak dapat aku nafikan bahawa hidup semakin lama semakin payah. Macam main game, lagi tinggi level, lagi susah la stage yang kita kena hadapi. Tak gitu?

Itulah. Aku tersenyum bila tertengok gambar lama, sekitar 6 tahun lepas. Tak sangka sejauh ini aku dapat pergi. Ada yang dah bina keluarga, ada yang dah bekerja. Namun aku, ada misi dan visi tersendiri ternanti untuk terlaksana kelak. Doakan.

Saturday, March 29, 2014

merapu

Sampai bila diriku begini, terhimpit, dihempap, dikemam dengan sebuah sejarah logika duniawi hakiki lagi fana ini yang termetra tanggal 8 tahun dulu, tapi dikira dengan jari kaki sudah mencecah belas tahun. Cukup kot nak bawak pi sekolah memandu daftar test JPJ.
Dimanakah janji yang kau tabur dulu walaupun pada asalnya aku hanya bertepuk sebelah tangan, syok sendiri dalam dunia fantasi magika buatan Taiwan? Namun kini aku berserah, menghembuskan nafas lelah seperti berlari tanpa hala tuju tapi aku berharap agar cukuplah setakat di sini saja akan kisah kau dan aku.

Wednesday, March 26, 2014

fajar sunyi

Hujan tanpa henti,
Seolah petanda cinta tak di sini telah kau berpaling

Walau di masa ini aku sedang berjuang atas papan kekunci tatkala musim panas kembali tiba arakian hujan acap kali sembang kencang di Ali Maju, namun heat stroke tidak bisa mematahkan semangat untuk melayan kembali kejiwangan sementara menanti azan subuh berkumandang. 

Sunday, March 9, 2014

kesuntukan masa

Masa.cepatnya masa berlalu seperti kelajuan sang saka harimau. Oleh sebab sebegitu rupa yang pada awalnya tak seberapa logikal, namun aku harus perlu menelan pahit jerih bahawa masa yang aku miliki sekarang adalah defisit. Seperti pergi Parkson nak beli baju cap Crocodile tapi dalam dompet terselit kemas rapi sekeping nota rm 10. Tak ke sempit gitu?

Tuesday, February 26, 2013

kembali pulang?

Ditebas segala lalang, diracun segala rumpai, disapu segala sawang. Adakah ini makna tersirat bahawasanya aku akan kembali lagi merapu di blog yang sudah seberapa purnama jika mengikut GMT Planet Namek. 
Mata aku segera terpandang akan tarikh keramat 2010 dengan 47 post sahaja dikala pada waktu itu ku belum punyai harta dan jiwa raga. #Eh
Dengan azimat 2013, baru aku dapat bertapak walaupun hampir bergoyang lagi goyah seperti dalam Tower Builder tapi itu bukan bererti aku selalu pergi Tonton.com semata nak lihat semula Joyah Jongang. 
Dulu baby face. Lepas 3 tahun papa face, kalau banding dengan abam Wak Doyok, tertanya beliau out of my league. Okeh, itu bohong :P


Saturday, December 18, 2010

hari yg gedik

Hari ni Jumaat, in English they say Friday. not Friday 13th.
Apa yg speselnya hari ni berbanding dengan hari2 yg sebelumnya sampai aku dah macam tergedik2 sakan ni?
Nak kata makin maskulin pun tidak juga, makin hari makin kembang ada la sebab asyik masuk mulut je apa yg terhidang di rumah. Sebab kenapa saya suka rumah? Sebab mak masak best sampai boleh jadi tembam. 
Lepas solat jumaat je, aku terus gerak ke WangsaWalk dengan ditemani oleh Fared SJI dikala hujan turun mencurah2 ke setiap inci tubuhku tapi itu tidak mematahkan semangatku untuk bermati-matian ke sana. Jangan diminta mati katak di jalan raya. Sangat parah! 
Sampai dekat area WangsaWalk, tetiba je dengan secara spontan tanpa diatur oleh tester JPJ, aku terpandang akan satu scene sebelah kanan aku kot, kalau tak silap. Comel tak terkata. Ini bukan gadis eh. Harap maklum.
Just a green view yg sangat menarik mata hatiku walaupun selama ni buta hati je. Lepas dah tengok view tu, mula la minda imaginasi aku nak membayangkan benda yg bukan2 selama ini yg aku sendiri dah block dengan pop-up blocker versi tetingkap. 
Dalam imaginasi aku eh. Kejap2, aku cuba mengimbas:
*ada rumah 2 tingkat, yg sedang2 saja. 
*depan halaman rumah ada kereta, tapi tidak dikenal pasti jenis mana dan aku harap bukan Nissan Felany
*ada superbike (my favourita~)
*dekat tingkap, seorang gadis pakai baju lite pink long sleeve dengan bertudung tengah merenung ke luar. sweet sangat sangat sangat. sampai tiga kali tu. korang faham je la kan bila dah dalam imagination. semua benda nak perfet. tapi gadis tu renung aku la. 
[tersipu malu seketika].


Jadi, dah sampai depan TGV WangsaWalk tu kononnya nak book tiket untuk Macik Limah pulang ke Desa tapi apakan daya, mungkin sekali movie tu best sangat sampai semua session orang dah sapu. Tinggal Tron je yang tinggal. Memang motif aku nak tengok Tron. Tapi jangan tuduh aku berkonspirasi dengan abg yang jual tiket dekat kaunter tu. Kepingin sangat tau dari lepas tau trailer dia dah keluar dekat Youtube. Aku punya obses sampai semak sejarah Tron dekat wikipedia.org sampai aku pun tak percaya aku telah buat research mengenainya. Kan bagus kalau aku buat kerja macam ni dekat subjek Material Science aku, takde la aku free2 dpt D+ untuk subjek tu dalam sem lepas. Takpe, redha je la kan :)

Dalam cinema, aku menggeletar kesejukan, dah terasa macam dekat benua Antartika je cuma slack kekurangan prop penguin je dalam cinema tu. [sambil tangan asyik dengan masukkan pop corn dalam mulut]


*aku berjaya habiskan popcorn large sebaik saja iklan dah habis. percaya tak? ahaks.